Monday, March 20, 2023

Sejarah CPT di Malaysia

<  BACK   |  NEXT  >



 

Cimandi Pecahan Tujuh 

 Haji Kari bin Sakiman atau lebih mesra lagi dikenali sebagai Wak Khairi dikalangan anak muridnya, adalah merupakan pengasas kepada Seni Silat Cimandi Pecahan Tujuh (CPT).Beliau dilahirkan pada hari Rabu, 06 Julai pada tahun 1938 dan berasal dari Sungai Kelambu, Banting Selangor. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada hari Khamis 12 Januari pada tahun 2017 bersamaan 13 Rabiul Akhir 1438 ketika beliau berusia 79 tahun.

  Menurut sejarah, beliau mula mempelajari ilmu persilatan Cimandi dari seorang tokoh yang dikenali sebagai Bapak Sukiman selama 2 tahun. AllahyarhamWak Khairibukan sahaja mahir dalam ilmu persilatan malah, beliau banyak membuat kajian-kajian serta mendalami ilmu tentang teknik-teknik persilatan yang sentiasa menekankan adat dan adap dalam perguruan. Sebagai seorang guru silat Cimandi, Allahyarham Wak Khairi juga merupakan seorang tokoh yang mencintai ilmu seni mempertahankan diri lebih-lebih lagi ilmu dalam persilatan, ilmu agama dan ilmu kesihatan yang mana beliau sendiri mahir dalam ilmu Refleksologi

  Menurut Allahyarham Wak Khairi, beliau sering mengingati diri dan anak-anak muridnya agar sentiasa memupuk sifat Silaturrahim dan semangat akan cintakan seni budaya dan tanahair. Menurut sejarah awal Cimandi, telah berlakunya kejadian aneh di antara Wak Khairi dan gurunya apabila gurunya Bapak Sukiman meminta Wak Khairi untuk mengetuai pesilat dalam latihan bagi membuat satu persembahan dalam satu majlis. Ketika beliau mula membuka bunga sembah dengan menghentak tangan kanan ke telapak tangan kiri beliau, maka gurunya tiba-tiba jatuh rebah dan pengsan. Apabila gurunya mulai sedar dari pengsan, maka dipanggilnya kesemua anak muridnya mengadap dan berkumpul. Lalu Bapak Sukiman memberitahu bahawa perguruan seni silat Cimandi ini diserahkankepada Wak Khairi dan beliau di angkat sebagai guru dalam persilatan tersebut.


Apabila sesuatu acara atau gelanggang silat mahu dibuka, kepada beliaulah tempat rujukan. Beliau sering datang untuk memantau dan melihat perkembangan murid-muridnyadalam pelajaran seni silat. Sudah tentulah kedatangannya sangat ditunggu-tunggu kerana kedatangannya umpama membawa semangat jiwa seorang pendekar, nasihat beliau amat berharga hingga mampu merangsang idea-idea kreatif dalam seni bela diri.


Antara falsafah beliau dalam pengajian Seni Silat Cimandi Pecahan Tujuh merujuk kepadaperkataan ‘CIMANDI’ itu sendiri iaitu:




Manakala Moto bagi Seni Silat Cimandi Pecahan Tujuh yang diambil dari singkatan nama Seni Silat Cimandi Pecahan Tujuh iaitu CPT yang membawa maksud :


C-yang bermaksud Cergas.

P-yang bermaksud Pantas
T-yang bermaksud Tepat



Moto Cimandi sering beliau laungkan ketika dalam latihan ;


 Bagaimana hendak pantas kalau kita tidak cergas, Apa gunanya pantas kalau pukulan tidak tepat’

Perkembangannya Seni Silat Cimandi Pecahan Tujuh bermula sewaktu beliau berkerja di Hotel Federal, Kuala Lumpur. Dimana beliau diminta oleh sahabat-sahabatnya untuk mengajar ilmu seni mempertahankan diri, maka dari situlah titik permulaan penubuhan gelanggang silat Cimandi yang telah dibuka di tapak Kolam Air, Kampung Kerinchi dan seterusnya di Bukit C2 juga di Kampung Kerinchi. Di dalam pengisian ilmu Seni Silat Cimandi Pecahan Tujuh, terdapat 7 jurus asas yang sangat dipertekankan iaitu 7C :
 
 
 




Kentalnya jiwa seorang pendekar ternyata sudah menjadi darah daging dalam diri Allahyarham. Meskipun kesihatannya yang semakin uzur ketika itu, Allahyarham tetap cuba untuk menurunkan ilmu-ilmu yang beliau ada kepada anak-anak muridnya dan akhirnya Seni Silat Cimandi Pecahan Tujuh kehilangan seorang tokoh berwibawa dan pastinyapemergian Allahyarham Wak Khairi yang menghembuskan nafas terakhirnya pada awal pagi Khamis disamping isterinya yang tercinta dengan tenang dan dirahmati yang meninggalkan legasi cukup besar dan sukar dicari ganti.Beliau dikebumikan di Tanah perkuburan Lang Tengah, Banting Selangor. Ramai kenalan jauh dan dekat berpusu-pusu menziarahi Allahyarham Wak Khairi.




















<  BACK   |  NEXT  >

Popular Posts

Copyright @ 2009

Properties Of
PERSATUAN SENI SILAT
CIMANDI PECAHAN TUJUH
MALAYSIA

For more infomation please email
to
cimandipecahantujuh@gmail.com