Tuesday, March 21, 2023

Kata Penulis


PSSCPTM
 
<  BACK   |  NEXT  >



Kata Penulis
__________________________________________________


Assalammualaikum dan salam cimandi kepada semua
Terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih dan Al-Ftihah kepada Allahyarham Abu Hassan Basri (Tok Hassan) yang telah memperkenalkan saya kepada Persatuan Seni Silat Cimandi pecahan Tujuh Malaysia (PSSCPTM) tanpa beliau dan juga kepada Arwah Tok Guru saya Wak Khairi, Cikgu Md Zain dan rakan-rakan Cimandi sekalian saya tak mungkin akan berpeluang belajar seni silat yang istimewa ini.Laman Web seni silat ini saya buat khas untuk peminat-peminat seni beladiri tanahair dan juga antarabangsa khursusnya untuk ahli Pesatuan Seni Silat Cimandi Pecahan Tujuh dan dengan informasi yang saya beri dapat membuka persoalan mengenai persatuan ini.

Sebenarnya saya telah lama merancang untuk membuka laman web khas untuk Persatuan Seni Silat Cimandi Pecahan Tujuh Malaysia, cuma tidak berpeluang sahaja.Akhirnya cita-cita dan impian saya sudah tercapai. Tujuan laman ini dicipta adalah untuk memperkenalkan Cimandi Pecahan Tujuh kepada dunia dan agar maklumat dan silat ini tidak lupus dan pupus ditelan zaman teknologi yang serba canggih.Saya juga berharap agar laman web ini mendapat sokongan dan sambutan dari pesilat-pesilat dan peminat seni beladiri ada ada di dunia ini.

Informasi dan maklumat yang saya paparkan semua saya dapat dari sumber-sumber media dan elektronik juga dari kajian dan pengetahuan saya mengenai seni mempertahankan diri. Harapan saya informasi pada laman blog ini dapat membantu anda semua , segala salah dan silap mengenai informasi dan maklumat yang dipaparkan harap dapat di maafkan kerana kita sebagai manusia biasa tidak lari dari melakukan kesilapan.


“Seni Itu Megah , Budaya Itu Indah”


Sekian


_______________________

 < BACK  | NEXT >
 




Popular Posts

Copyright @ 2009

Properties Of
PERSATUAN SENI SILAT
CIMANDI PECAHAN TUJUH
MALAYSIA

For more infomation please email
to
cimandipecahantujuh@gmail.com