Saturday, March 18, 2023

sejarah cpt kerinchi






Sejarah Cimandi pecahan Tujuh cawangan Kg. Kerinchi

Bermula dan tertubuhnya Cimandi Pecahan Tujuh kerinchi adalah hasil dari titik peluh Allahrayham Abu Hassan Basri (Tok Hassan ) juga merupakan salah satu dari murid Allahrayham Guru Haji Kari Sukiman  ( Wak Khairi ). Tapak pertama cawangan Cimandi Kerinchi adalah di kawasan setinggan kolam air kg Kerinchi. Antara rakan seangkatan seperguruan tok hassan adalah pak Said , usop , roslan hussin  juga turut membantu dalam menghidup kan CPT Caw. Kg kerinchi. 
  
Pada tahun 1991 Tok Hassan  di bantu oleh Pak Said dan beberapa  rakan seperguruan menghidupkan kembali cawangan ini  dengan membuka pendaftaran generasi 2 di rumah pangsa DBKL 01, kampung Kerinchi. Seramai 41 org anak-anak penduduk dari umur 7 sehingga 14 tahun telah mendaftar. Antara pesilat generasi ini adalah Syahrul(ayon/along), Yati, Raiden ( Zack Newboyz) ,Saiful  , Abalang. Generasi ini sanggup berjalan sehingga 1- 2 km setiap mlm jumaat hingga ahad ke gelanggang allahrayham guru md zaid di pantai dalam blok 12 bukit angkasa, ini kerana kekurangan gelanggang untuk latihan . Mereka di latih mengenali jurus oleh Cikgu Kahar pada masa itu.  
Sehingga selang beberapa tahun CPT kg kerinchi  hanya tinggal beberapa ahli sahaja kerana kerjaya dan meneruskan pengajian. Antara ahli yg masih aktif ketika itu ialah Ayon. Beliau berlatih di bawah cawangan pantai dalam sehingga la beliau berjaya menghidup kan kembali cawangan Kerichi dengan melatih generasi yg baru di kawasan penduduk  rumah pangsa DBKL.
Dengan bantuan Tok Hassan  dan beberapa penduduk  kg antaranya Abg Mansor ( Mansur Janggut ) dan isteri ,menantu Tok Hassan juga Allahrayham Pak Tam Ya ( Ayah Ayon) beliau berjaya melatih pelajar baru  bermula dengan 10 orang sahaja tetapi semakin bertambah sehingga 20 ahli.gelanggang pada masa ini adalah di kawasan tapak takraw blok 02 kg kerinchi. 
 
Sehinggalah tok hassan kembali keramatullah, Ayon tetap meneruskan perjuangan arwah. Sehingga kini. Antara anak didik cikgu ayon adalah Sahrun( boya) ,azli , Linda , Ayu , Asraf , Achoi, Manisah dan adik beradiknya  Iwan dan beberapa lagi. Ini kerana Semangat Cimandi Pecahan Tujuh takkan hilang walaupun ditelan zaman.
sekian

Popular Posts

Copyright @ 2009

Properties Of
PERSATUAN SENI SILAT
CIMANDI PECAHAN TUJUH
MALAYSIA

For more infomation please email
to
cimandipecahantujuh@gmail.com